Assalamualaikum,
Saudara, dalam blog ini kita sering bercakap tentang segalasesuatu dgn merujuk kpd tajuk ' ilmu '. Sememangnya blog ini adalah ditujukan untuk menghapuskan kejahilan umat Islam tentang Islam dan syariatnya melalui ilmu. Tanpa ilmu yg haq itu, segala amalan dan ibadah kita itu akan tersilapdan tersasar jauh. Sia-sia saja. Kerana kita telahpun teliti firman Allah (a.w) pada Ayat 36,Surah al-Isra' yg menyebut:
Firman Allah (a.w): 'Wa-la taqfuma laisa bihi ilmun' ( yg bermasksud : Dan, janganlah kamu membuat sesuatu (yakni, amalan, ibadah dan apa jua pekerjaan mengenai Islam dan syariatnya) tanpa kamu terlebihdahulu memiliki ilmu mengenainya(i.e. perkara atau amalan atau ibadah yg dikerjakan itu).' [Ayat36, Surah al-Isra']
Saudara, Islam mengutamakan ilmu. Rasulallah (s.a.w) diutuskanAllah (a.w) untuk mengajarkan manusia ilmu tentang bagaimana hendak memperhambakan diri kpd Allah(a.w) sejajar dgn perintah Allah(a.w) dalam firmanNya pada Ayat 56, Surah az-Zariat : ' Wa-ma khalaqtul jinna wal-insya illa liya'budini ' (yg bermaksud: Dan, tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia, kecuali semata-mata untuk mengabdikan diri kpdKu (Allah).' [Ayat 57, Surah az-Zariat]
Tanpa ilmu bagaimanakah mungkin kita boleh mengabdikandiri kita kpd Allah (a.w) dgn betul, menepati ketetapannya (i.e. spesifikasiNya) dan segala amalan dan ibadah kita itu sah dan diterimaNya dgn pasti? Tanpa ilmu, bagaimanakah mungkin kita dapat dikeluarkan dari alam kegelapan kekufuran dalam alam jahiliah dan masuk ke alam keimanan, terkeluar dari kekufuran? Tanpa ilmu bagaimana mungkin kita faham dan membuat pilihan yg tepat didunia supaya apabila kita mati kita menjadi ahli syurga dan bukanlah ahli neraka.
Firman Allah (a.w): 'Fariqun fi jannati, wa-fariqun fis-sya'iri' ( yg bermaksud: Segolongan masuk syurga, segoongan masuk neraka.) [Ayat 7, Surah asy-Syuri ]
Allah (a.w) beri kita dua pilihan sahaja di akhirat, maka semasadi dunia, kita sediakan diri, dan buat pilihan. Kerana setelah kitamati (yakni, di akhirat kita tak dapat memilih lagi, kita hanya terima saja): iaitu, syurga atau neraka, tiada jalan tengah.
Tanpa ilmu, bagaimana mungkin kita faham bahawa ada tiga golongan orang yg mengakui dirinya Islam, iaitu: pertama , orang yg bertaqwa ; kedua , orang yg iman, dan ketiga orangyg Islam . Tanpa ilmu bagaimana mungkin kita faham bahawa setiap kita yg Islam akan masukneraka apabila kiamat dunia, kecualilah kita tidak berdosa (atau, dosa kita telah ditaubatkan dan Allah (a.w) menerima taubat kita). Kerana kejahilanlah meajoriti umat Islamtidak kesahkan mencari ilmu danbelajar ilmu yg diwajibkan oleh Islam, iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Kerana kejahilanlah, majoriti orang Islam beranggapan bahawa kerana dia Islam, kerana dia mengucap dua kalimah syahadah, atau ketika nak mati dia menyebut kalimah ' lailaha ilallah ', dia masuk syurga! Kerana kejahilanlah juga majoriti umat Islam ambil mudahIslam, mengerjakan amalan danibadah tanpa landasan ilmu. Walhal, ayat yg kita rujuk di atas itu jelas memperingatkan kita bahawa amal dan ibadah yg dikerjakan tanpa ilmu tidak diterima Allah (a.w)! Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) peringatkan umatnya: ' Al-ilmu qabla 'amal ' (yg maksudnya: Berilmulah dahulu sebelum beramal) .
Saudara, tanpa ilmu, bagaimana mungkin kita faham sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam yg ditetapkan oleh Allah (a.w). Sistem pemerintahan Islam atausistem sosio-politik Islam itu berlainan dari sistem ciptaan manusia, sebagaimana Islam itu ugama ciptaan Allah (a.w) berlainan dari ugama ciptaan manusia. Kerana tidak faham tentang islam, disebabkan kejahilanlah, maka Ayat 103, Surah ali-Imran itu tidak difahami oleh ramai para ulama'dan ilmuwan Islam. Allah (a.w) perintah umat Islam anuti Islam secara berjema'ah, tapi yg dijema'ahkan hanyalah dalam solat saja!
Kerana kejahilan jugalah majoriti umat Islam silaptakrifkan peringatan Rasulallah (s.a.w) bahawa di akhir zaman kelak, sekarang sudahpun bermula, umat Islam berpecah menjadi 73 firqah atau mazhab atau golongan, semuanya Islam, tapi hanya satu golongan mendapat syurga: iaitu golongan yg berpandukan as-Sunnah dan menganuti Islam secara berjema'ah. Kerana kejahilanlahjuga para ulama' silap tafsirkanperingatan Rasulallah (s.a.w) bahawa daripada 1,000 orang yg akui dirinya Islam, hanya seorang yg berjaya mendapat syurga!
Saudara, kerana kejahilanlah juga para ulama' dan ilmuwan Islam merasa selesa dan mereka menyakini merekalah tergolong dalam golongan yg disebutkan ' ahlus sunnah wal-jama'ah '! Walhal, siapa ' ahlus sunnah wal-jama'ah '? Kita dah jelaskan. Tapi, kita sebutkan sekali lagi dgn rengkas. Ada dua perkara dalam istikah ini, iaitu: pertama , 'ahli as-Sunnah'; dan kedua , 'ahli (atau anggota) al-jama'ah'. Jelas. Kalau 'ahli as-Sunna'h sewajarnyalah dia berilmu (i.e. 'alim), faham dan faqih tentang as-Sunnah. Kalau dia 'ahli atau anggota jema'ah' sewajarnyalah ada jema'ah yg mereka jadi ahli atau anggotanya! Adakah mereka yg akui diri mereka ' ahlus as-Sunnah wal-jama'ah 'itu berilmu, faham dan faqih tentang as-Sunnah? Adakah juga mereka telah menubuhkan suatu jema'ah dan kerana itu mereka menjadi 'ahli jema'ah' tersebut?
Jazakallahu khairah
Rabu, 25 Mei 2011
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
music
About
Ass... saudara-saudara di nusantara,sy sebagai pemilik blog ini memberikan kesempatan kepada saudara-saudara di nusantara yang ingin memasang iklan di blog dengan biaya yang sangat sedikit anda keluarkan
silahkan hubungi kami :
email : alieashbar@ymail.Com
handphone : 085299246933
Popular Posts
-
Para pengguna Mac sebaiknya waspada, pasalnya seorang hacker berhasil mengelabui pengguna komputer Apple lalu menginfeksi Macintosh dengan k...
-
Dua situs palsu yang menyamar sebagai Wikipedia dan Twitter, telah 'diusir' dari internet. Tidak hanya itu, masing-masing situs itu ...
-
Mantan pimpinanFacebook berkata sesuatu yang cukup 'pedas' pada bekasperusahaannya, dengan mengatakan bahwa kekuatan pengguna Facebo...
-
Mata Bengkak Setelah Menangis Lingkungan Orang yang habis menangis pasti ketahuan dari matanya bengkak. Makanya banyak yang memilih menahan ...
-
Tenses merupakan bahan ajaran atau komponen penting dalam mempelajari bahasa inggris terutama, bagi mahasiswa jurusan pendidikan bahasa ingg...
-
Sebelumnya ku tulis ciri-ciri perawan.. dan sekarang kutulis ciri-ciri tidak perawan Ini jangan dijadikan patokan 100% lho..... semoga Threa...
-
Tiga dasar suara Dalam beatboxing manusia, alurkebanyakan dibuat dengan menggunakan tiga suara dasar.The kick drum, snare drum dan hi-hat. T...
-
Internet saat initumbuh dengan pesat dan menjangkau seluruh kalangan masyarakat, tidak terkecuali anak-anak. Norton Online Family Report dar...
-
Lelaki Mengagumi Perempuan Karena Fisiknya. Ciri-ciri Apa sajakah Yang diidamkan Lelaki: 1. PINGGANG RAMPING Perempuan bertubuh kurus ternya...
-
Madara: akhirnya dua takdir itu dan akulah pemanangnya Naruto: madara !! -membuat cho oodama rasengan n menyerang madara tapi hanya mel...

0 Silahkan komentar kie:
Posting Komentar